top of page

Cyber Grooming

  • G.Iven
  • Jun 28, 2017
  • 2 min read

Korang tahu tak yang 80% kes rogol seks yang dilaporkan di Malaysia yang melibatkan persahabatan atas talian di dalam internet. And majoriti mangsa semuanya berumur bawah 18 tahun uolsss. Masalah ini semakin meruncingkan kerana ramai pemangsa seksusal ini menggunakan identiti palsu (Fake account) di internet bila memburu mangsanya. Gile lah beb!!

So ape tu 'grooming'? grooming ni macam meransang or goda beb! Meransang dalam konteks ini adalah bila si pemangsa ni bina hubungan emosi dengan korang dengan harapan korang percaya pada kata-kata manisnya. Tapi niatnya untuk mencedera atau mengekspoitasi korang secara seksual melalui sosial media atau bila berjumpa.

Kanak-kanak dan remaja boleh diransang secara online dan offline oleh mereka yang tidak dikenali malah dengan kenalan korang pun boleh tau! Ramai kanak-kanak dan remaja tak sedar pun bila mereka di 'ransang' dan ada berlakunya penderaan.

Ransangan boleh berlaku bila korang berjumpa atau sedang online oleh orang yang korang kenal atau tak. Pemangsa tentulah tak beritahupun you niatnya awal-awal, dia tunggu timing cun baru dia serang you sebab dia nak korang percaya yang dia orang baik.

Mula-mula dia akan cuba buat baik, jadi BFF,TTM konon dia care-lah pasal awak, beli jiwa, bagi hadiah or pancing guna status dia. Pemangsa akan habiskan masa untuk belajar apa yang korang minat daripada profile online untuk tarik minat korang. Bila korang dah rasa percaya, barulah dia mula ambil kesempatan dengan mengasingkan korang dari kawan atau keluarga sampai korang rasa tak boleh terpisah dengannya (kiranya korang mcm dah syoklah dengan dia).

So apa yang pemangsa ni nak dari mangsa senanya?

*Umur dan rupa mangsa

*Apa saja komen yang nampak korang sunyi, tak konviden, rasa disisih keluarga dan kengkawan

*Username atau komen yang nakal (berunsur seksual)

Selepas buat korang syok dengannya pemangsa akan memujuk atau memaksa korang untuk menghatar atau post gambar lucah tubuh korang, diajak melakukan aktiviti seksual menerusi web atau smartphone or berbual lucah menerusi teks atau online. Yang paling dasyatnya pemangsa mungkin akan ugut untuk share gambar, video atau chat korang kepada mak ayah atau kawan korang kalau korang tak nak terus melakukan aktiviti seksual lain dengannya. Walau korang dah break pun dia tetap akan share imej or video tu. (kiranya mcm peras ugut lah tu)

FIY: Kepada remaja dibawah 18 tahun ke bawah dan gambar anda tanpa pakaian atau sexy di share oleh orang yang tidak dikenali, ini boleh dikatakan pornografi kanak-kanak.

So apa yang korang boleh buat kalau korang sedang/telah diransang??????

Korang kena terus report dengan orang dewasa yang korang percaya. Mereka boleh tolong. Kalau korang segan or takut korang boleh berjumpa dengan kaunselor sekolah or PRS sekolah mahupun pengawas sekolah or guru kelas anda. Korang juga sewajarnya block atau delete mereka dari contact korang. Tapi pastikan yang mak ayah atau orang dewaasa yang korang percaya tahu apa yang sedang berlaku. Korang juga patut buat laporan polis dengan segera. Or korang boleh buat laporan di Cyber999

Hubungi waktu pejabat : 1-300-88-2999

Talian kecemasan: +60192665850

SMS kepada 15888: CYBER999 REPORT (emel) (laporan)

Email kepada: cyber999@cybersecurity.my

or buat laporan polis dengan segera ke 999

or report kandungan haram seperti pornografi kanak-kanak menerusi hotline Internet INHOPE : http://inhope.org/gns/report-here.aspx

Jadilah HERO SIBER dengan melaporkan cyber grooming!

Marilah kita sama-sama membanteras Cyber Grooming demi masa depan yang cerah. Together lets build a better world.

Cool kan info ni tolong LIKE SHARE DAN SUBSCRIBE.


 
 
 

Comments


Address

Kuching, Sarawak, Malaysia

Contact

Follow

  • Instagram
  • Twitter

©2017 by theWaynezelpost. Proudly created with Wix.com

bottom of page