top of page

Hak Kanak-Kanak Dalam Era Digital

  • G.Iven
  • Jun 28, 2017
  • 2 min read

Pada 21 Jun admin telah menyertai satu townhall forum yang bertajuk Saya Sayang Saya dimana kami membincangkan mengenai Cyber Grooming and dapatlah sedikit sebanyak info mengenai Hak Kanak-Kanak ni so i decided to share this knowledge dengan semua lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak dibawah umur 18 tahun. Harap semua info ni dapat memberi manfaat kepada kita semua :)

-SELAMAT MEMBACA-

Tahukah anda?

Semua kanak-kanak bawah 18 tahun ada hak sejak lahir lagi.

Hak ini membolehkan kanak-kanak untuk mulakan hidup dengan baik.

Hak ini dilindungi oleh Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertunuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) pada 20 November 1989 dan Malaysia telah menandatangani dan setujui pada tahun 1995 dimana ia memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada :

*Pengabaian

*Penderaan

*Eksploitasi

*Jaminan mendapat hak (seperti memperoleh kewarganegaraan, mempunyai keluarga, hidup dalam komuniti, makanan yang mencukupi, bermain dan beriadah, pendidikan, dilindungi serta diberi bantuan.

Standard asas ini dipraktiskan tanpa pilih kasih pada semua kanak-kanak supaya mereka dapat hidup dengan gembira dan mempunyai masa depan yang cerah! Ibu bapa dan kerajaan pula memegang tanggungjawab yang sangat penting untuk pastikan kanak-kanak dilindungi dan hak mereka dilaksanakan.

Kanak-kanak dalam era digital ini juga mempunyai beberapa Hak daripada Konvensyen Kanak-Kanak yang relavan dengan keselamatan, perkembangan dan kesejahteraan bila melayari Internet. Antaranya ialah.....

Hak tidak didiskriminasi (perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dll)

Hak untuk didengari dan dihormati

Hak untuk kembangkan bakat dan potensi sepenuhnya

Hak ekspesi diri

Hak untuk informasi sesuai dengan umur

Hak untuk belajar

Hak untuk privasi dan reputasi

Hak untuk turut serta

Hak dilindungi penderaan seksual dan poernografi

Hak dilindungi dari keganasan dan buli

Hak untuk bersantai bermain dan berbudaya

Kepada kanak-kanak atau remaja bila umur dah bertambah jadi manfaatkanlah hak-hak itu dan korang boleh juga tunjukkan rasa hormat dengan orang lain dengan banyak cara contohnya,

Layan orang lain dengan adil.

Hormat hak orang dalam kepada pendidikan dengan menolong mereka belajar.

Melindungi orang lain daripada bahaya dengan berhemah dan hentikan buli!

Hormati privasi orang lain. Jangan memandai kongsi gambar yang mengaibkan seseorang individu.

Meminta bantuan orang dewasa bila ada yang melukakan,mengsisihkan, dan ganggu anda dengan teruk! Laju-laju report tau !

 
 
 

Comments


Address

Kuching, Sarawak, Malaysia

Contact

Follow

  • Instagram
  • Twitter

©2017 by theWaynezelpost. Proudly created with Wix.com

bottom of page